Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kremlin telah menegaskan tentang komitmen mereka terhadap isu Syria sambil berkata bahawa Rusia mahu mengelakkan negara itu daripada berpecah di samping membasmi elemen pengganas yang wujud di sana.
"Kita perlu membebaskan (negara Syria) dan melakukan apa yang perlu dalam mengelakkan negara ini daripada berpecah-belah," kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov di dalam sebuah temuramah dengan sebuah stesen televisyen.
Pada awal bulan ini juga, dewan tinggi parlimen negara itu juga telah meluluskan sebuah perjanjian yang membolehkan tentera Rusia untuk kekal di Syria secara permanen.
Perjanjian tersebut sebelumnya telah ditandatangani di Damsyik yang mana isi kandungannya membolehkan tentera udara Rusia ditempatkan di pangkalan udara Hmeimim. Pangkalan udara itu teletak di wilayah Latakia, Syria.
"Pangkalan sementara tersebut bukanlah objektif sebenar (Rusia), pangkalan itu merupakan kemudahan yang akan digunakan untuk mencapai objektif asli kami yang sebelumnya telah diumumkan oleh tuan presiden iaitu untuk membantu kerajaan yang sah di Syria dalam usaha mereka melawan ISIS dan kumpulan-kumpulan pengganas yang lain. Wilayah-wilayah Syria perlu dibebaskan (daripada ancaman mereka)," kata Peskov lagi.
Jurucakap Kremlin itu juga berkata bahawa, beliau tidak nampak bahawa konflik tersebut akan tamat di dalam masa yang terdekat sambil menekankan bahawa masyarakat dunia mempunyai tugas yang banyak dan panjang di hadapan mereka.
Syria sejak Mac 2011 telah menyaksikan pertempuran berdarah yang sebahagian menyifatkan ia sebagai sebuah agenda kerajaan-kerajaan asing yang mahu melakar strategi politik mereka ke atas bumi dan rakyat Syria. Moscow dan Washington di dalam konflik ini menyokong pihak yang berlawanan.
Sejak September 2015, Rusia telah mengebom posisi pengganas berdasarkan permintaan yang dibuat oleh kerajaan di Damsyik.
Dewan tinggi parlimen Rusia juga telah meluluskan sebuah perjanjian yang membolehkan tentera Rusia untuk kekal di Syria secara p
Rusia Mahu Elakkan Wilayah Syria Daripada Berpecah-Belah
22 Oktober 2016 - 16:44
News ID: 787118
Kremlin telah menegaskan tentang komitmen mereka terhadap isu Syria sambil berkata bahawa Rusia mahu mengelakkan negara itu daripada berpecah di samping membasmi elemen pengganas yang wujud di sana.